Sunday, January 25, 2015

Penghalang Hidayah Menembusi Hati

Apa sebenarnya penghalang seseorang mendapat hidayah walaupun didekati rakan-rakan ustaz atau ustazah?

Penghalang utamanya ialah sifat sombong, bongkak dan takabbur.
Dalam bahasa Arab, ia disebut al-Kibr.

Orang yang ada sifat al-Kibr ini merasa dirinya lebih besar. Mungkin rasa dirinya lebih hebat, lebih kaya, lebih hensem, lebih cantik atau apa jua yang seangkatan dengannya.

Jadi, mereka anggap orang lain lebih kecil dan remeh. Mereka tak dengar nasihat orang lain apatah lagi yang berlainan dgn hawa nafsu mereka.

Sifat sombong inilah yang menjerumuskan ketua malaikat iaitu Azazil jatuh ke tempat hina. Azazil akhirnya disebut sebagai syaitan kerana kesombongannya utk hormat kpd Adam alaihissalam spt yg diperintahkan Allah.

Ketua atau ikon bg sifat takabbur dalam kalangan manusia pula ialah Firaun sehingga ke satu tahap syaitan dikatakan sbg pengsan (atau mungkin sgt terkejut) dengan kesombongan Firaun mengaku sbg Tuhan. Syaitan sendiri pun tak mengaku Tuhan !



Pada zaman Nabi, pembesar Quraisy sering bersikap sombong yg menghalang mereka dpt hidayah walaupun mereka melihat sendiri mukjizat2 Nabi. Mereka melihat sendiri keelokan dan kesempurnaan akhlaq Nabi, tetapi mereka tetap ingkar.

Yang tidak dihinggapi sifat sombong seperti para hamba mudah sahaja menerima Islam kerana mengakui apa yg dibawa Nabi adalah benar.

Kini zaman kita. Janganlah kita bersikap sombong kepada ajakan untuk kembali kepada agama.

Ada orang ajak untuk kita solat, maka penuhilah. Itu adalah kewajipan. Jangan sombong dengan Tuhan. Jangan biarkan kebodohan kita bermaharajalela sehingga untuk tunduk sujud pada Pencipta pun sudah tidak biasa.

Banyak kelebihan jika kita tidak sombong. Kita akan mudah mendapat ilmu, rakan dan yg paling penting rahmat Allah. Penuhilah ajakan utk kembali kpd Allah. Tinggalkan kebiasaan buruk kita dan sama2 kita perbaiki diri. Yang menegur dan ditegur , kedua2 pihak tidak sempurna, namun perubahan ke arah kebaikan dan kesempurnaan itu perlu dan beroleh pahala, insyaAllah. 

Saturday, May 10, 2014

Kalau Anda Perdana Menteri


Jom berangan jap… J

Kalau anda PM, apakah 4 perkara utama utk dilaksanakan?

Hudud, perangi jenayah, rumah?  4 je dulu ok…

 

Kalau saya, saya akan:-

1.       Bina sistem perumahan yang terancang dan cukup untuk semua rakyat.

-          Rumah paling kurang 3 bilik dilengkapi pelbagai kemudahan awam di sekeliling.

-          Apabila lebih 21 tahun, boleh apply. Kalau hutang negara boleh diselesaikan, tak mustahil rumah ni boleh dibayar oleh rakyat hanya pada harga kos atau separuh harga kos pembuatan.

-          Tak boleh beri percuma kerana benda percuma jarang dihargai. Lagipun sumber negara perlu juga kukuh. Kalau semua subsidi, binasalah negara.

 

2.       Bina sistem pengangkutan yang sangat baik menghubungkan semua bandar dan pekan di seluruh negara.

-Bas atau keretapi laju. Jangkaan: KL – JB 30 minit.

-Pengangkutan dari stesen bas/ keretapi ke lokasi tertentu rakyat dalam bandar digalakkan berbasikal.

-Memastikan perkembangan bandar besar lain seiring dengan ibu negara.

-Peluang pekerjaan juga akan meningkat, insya-Allah.

 

3.       Mudahkan perkahwinan dan menyukarkan zina.
 
 

-Budayakan kepentigan mahar dan hapuskan hantaran. Sekat hotel-hotel dari taraf lima bintang hingga ke rumah tumpangan biasa drpd menyewakan bilik kepada pelanggan tanpa menyertakan kad nikah.

 

4.       Menyuburkan pendidikan dengan peningkatan taraf universiti, sekolah dan wacana serta forum-forum professional.

-Jenayah perlu dibanteras sejak dari mula. Puncanya adalah kurang pendidikan dan kesedaran. Ubatnya adalah pendidikan yang tepat dan berhasil menyentuh jiwa. Dalam hal ini, keyakinan kepada wujudnya Hari Pembalasan perlu dipertingkat. Pendidikan adalah sebuah pelaburan yang besar, pelaburan dalam pendidikan perlu meliputi pelbagai bidang.


Negara Islam hanya istilah, yang penting adalah ‘content’. Tanpa menamakan negara kita negara Islam pun, kita boleh menjadi sebuah negara yang diredhai Allah, baldatun tayyibatun waRabbun Ghafur.... insyaAllah....~

 

 

 

 

 

Friday, April 11, 2014

Saudara Dibunuh, Di Mana Kita?


Kerajaan kita mengaku sebagai pemerintah negara Islam. Kononnya istilah wasatiyyah menjadi pegangan yang menjadikan Malaysia paling hebat, namun apa yg berlaku di Syria, Mesir dan lain-lain tidak diambil sebarang tindakan yang serius.

 

Ini bukan sifat sebuah negara Islam, melainkan ia hanyalah sebuah ilusi, sebuah kepalsuan, sebuah penguasaan ke atas negara dengan mengeksploitasi nama agama.

 

Sifat sebuah negara Islam adalah sama dengan sifat seorang Muslim sejati yang akan membantu saudara Muslimnya yang dalam kesusahan.

 

'Sesungguhnya setiap mukmin itu adalah bersaudara '

(al-Hujuraat:10).

 

Jika saudara Muslim kita dibunuh saban hari, kita sepatutnya turut merasakan perkara yang sama. Kata pepatah: "cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga".

 


Tetapi malangnya 'so called' negara Islam pimpinan Najib Razak tidak bersungguh-sungguh dalam membantu, seakan tiada apa-apa yang berlaku di luar sana.

 

Sindrom yang dalam nada berseloroh disebut sebagai "aku tidak pedulisme" ini membarah dalam diri ramai individu, termasuk para pemimpin sendiri. Inikah yang terhasil dari sistem pendidikan?

 

Kalau ini hasilnya, maka jelas terdapat kelompongan yang besar dalam sistem pendidikan. Silibus yang disusun tidak cukup bagus dalam membentuk karakter seorang manusia yang sememangnya manusia, bukan haiwan.

 

Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”. Hadith ini bukan sembarangan hadith kerana ia adalah riwayat sahih ditulis oleh Imam Bukhari. Maka ia diyakini datangnya dari Nabi utusan Allah.

 

Tegakah kita sebagai individu dan pemimpin sebagai ketua negara dianggap bukan dari kalangan Muslimin oleh Allah SWT ? Kalau Allah menganggap kita bukan dari kalangan kaum Muslimin, bukan dari kalangan orang Islam, maka di manakah tempat kita di Akhirat nanti? Syurga atau neraka?!

 

Fikir-fikirkanlah. Mungkin ada yang beralasan negara sibuk dengan isu MH370, tetapi akan timbul persoalan, isu MH370 ini sebenarnya punca atau kesan? Mungkin isu MH370 ini adalah antara kesan ketidak pedulian kita terhadap isu Syria, Mesir, Palestin dan lain-lain. Ini kerana konflik berdarah Syria sebagai contohnya telah berlangsung selama 3 tahun 27 hari sedangkan MH370  'baru' hilang selama sebulan 4 hari. Konflik di Palestin pula telah bermula lama. Kalau diambil tarikh pencerobohan Israel selepas kejatuhan Uthmaniyyah sekalipun, telah berlangsung selama 66 tahun. Lebih lama dari kebanyakan usia kita yang membaca tulisan ini!

 

Namun, usaha utk mengembalikan keamanan di wilayah bergolak itu tidak cukup efisyen. Seolah-olahnya umat Islam sangat lemah, seolah-olah pelaku dan perancang kepada keamanan dunia terutama wilayah yang disebutkan itu bukanlah Muslim yang bersifat dengan sifat Muslim sejati yang disebut dalam al-Quran.

 

Kita ketandusan pimpinan seperti Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Kita juga ketandusan pejuang-pejuang seperti Abu Ayyub al-Ansari yang bertekad mahu mebebaskan Konstantinopel walau dalam usia tua sehingga sahabat Nabi yang mulia ini mangkat dan dimakamkan di sana.

 

Kini di manakah Salahuddin al-Ayyubi yang baru?

Di Manakah Sultan Muhammad al-Fateh kedua?

Di manakah pemuda-pemuda penyambut risalah al-Quran untuk menyambung perjalanan generasi terdahulu?

 

Saturday, November 16, 2013

Syaitan Bijak Perdaya Manusia


Syaitan sangat bijak menjerumuskan manusia. Sedikit demi sedikit dia cuba tarik manusia ke lembah dosa.

Kita tak berapa perasan. Kalau perasan sekalipun, hati kita akan mengatakan: "alah, takpe.. sedikit sahaja..." , sedangkan sedikit- sedikit itulah yg menjadi semakin banyak dan bawa bencana yg BESAR!



Bukankah api ketika kecil menjadi kawan, ketika besar MENJADI LAWAN?! Kata pepatah lagi, sedikit-sedikit lama jadi bukit. Hati yang putih bersih apabila dibiarkan hitam sedikit demi sedikit akhirnya akan menjadi gelap gelita. Bersihkanlah selagi ada masa.

Gerak kerja syaitan ini perlu sangat kita fahami dan waspadai. Masakan tidak, Allah SWT Yang Maha Mengetahui telah menyatakan bahawa syaitan adalah masuh kita yang nyata! Bukan nyata bermaksud dapat dilihat dgn mata yg zahir tetapi bermaksud syaitanlah musuh sebenar anak Adam!

"...janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu".
(al-Baqarah: surah kedua (2), ayat 168)

Buku Talbis Iblis (tajuk asal) perlu dibaca, difahami dan dihayati oleh kita semua.


Kenyataan dan FAKTA bahawa syaitan adalah musuh yang sebenar bagi manusia ini diulang dalam beberapa ayat lain untuk mengingatkan manusia yang pelupa iaitu dalam:-  | 2 : 208 (surah kedua ayat 208) | 6 : 142 |  7 : 22 | 12 : 5 | 18 : 50   | 20 : 117 | 28 : 15 | 35 : 6 | 36 : 60 | dan  43 : 62 .

Lihat pula firman Allah SWT:-

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” 
(Al-Israa’: 32)


Dalam hal ini ingatlah bahawa Allah berfirman agar "jangan dekati zina".. Perhatikan kalimah yang  difirmankan. Allah SWT tidak mengatakan /memfirmankan agar "jangan berzina", tetapi Allah SWT kata:  "jangan dekati zina". Ada perbezaan di situ untuk kita fikirkan...

Awal-awal lagi diperintahkan agar jangan dekati, dikhuatiri sedikit demi sedikit akan terjerumus....

........................ .  .   ..   ...

 Mohon Allah lindungi seluruh manusia dan jin dari mala petaka ini. Amin.

Tuesday, November 12, 2013

Kereta Mewah Sebagai Petanda Kejayaan?


Sebahagian anggota masyarakat memandang apabila seseorang memakai kereta Bugatti Veyron, Koenisegg Agera R, Ultimate Aero, Ferrari Enzo, Cadillac, Rolls Royce Phantom, Saleen S7, Pagoni Zonda, Lamborghini Veneno Roadster atau apa sahaja kereta mewah, itu lambang kehebatan dan jutaan tahniah diucapkan.


Eh, bagaimana ini semua boleh berlaku?

Adakah kita tidak sedar bahawa kereta yang mewah bukanlah petanda kemuliaan?

Firaun dan Qarun pun kaya tapi mereka dihinakan Allah.

Ini semua disebabkan salah faham anggota masyarakat yg meletakkan harta sebagai penanda aras kejayaan. Kaya sahaja diiktiraf berjaya sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Apakah kejayaan yg sebenar?

Neraca kejayaan yang sebenarnya adalah pada bagaimana timbangan cinta, takut dan harap kita pada ALLAH yang membuahkan amal yang ikhlas.



Sekali lagi kita ingatkan diri kita, neraca kejayaan yang sebenarnya adalah pada bagaimana timbangan cinta, takut dan harap kita pada ALLAH kerana kita dicipta untuk beribadah, bukan untuk berlumba siapa yang mampu hidup mewah!

"Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU." (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Harta perlu hanya sekadar keperluan, dan harta bukanlah tujuan. 

Keperluan eloklah ambil berpada-pada, tidak terlalu berlebihan dan bermewah-mewah sangat. 

Apa yg perlu kita titik-beratkan adalah apakah kita makin hari, solat makin khusyuk? Bagaimana dengan puasa, sudah sempurna? Adakah amalan haji yg dilakukan adalah haji yang mabrur, atau haji marlboro? Bagaimana pula dengan sikap-sikap mazmumah kita, adakah telah lebur? Bagaimana dengan keadaan anak-anak yatim dan orang-orang yang melarat, adakah kita mengambil berat?


Bangkitlah kita untuk perbetulkan cara berfikir dan cara memandang kehidupan. Kejayaan tidak sepatutnya dinilai pada banyaknya harta, tetapi bagaimana berkatnya harta. Jika ada harta berlebihan, eloklah untuk disedekahkan kepada yg memerlukan. Di Kuala Lumpur, masih ramai lagi pengemis jalanan andaikata di kawasan / negeri kita  telah tiada langsung pengemis disebabkan adil dan bagusnya pemeritahan oleh sultan. Tahniah jika kawasan/negeri kita 'zero homeless'. Maka, mungkin telah tiba masa untuk membantu pengemis-pengemis di negeri lain pula... 


Akhir sekali, suka sy ingatkan diri sy sendiri, kejayaan dinilai dari segi amalan dan tindakan kita. Bukan dari segi banyaknya pengaruh, harta dan kekuasaan. Sebaik-baik penilai adalah Allah. Segala ilmu adalah milikNya. Allahu'alam.

Sunday, October 20, 2013

Pastikan Tiada Kebocoran Gas


With the name of Allah Subhanahu wa Taala...
Dengan nama Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi....

Kali ini  rasa terpanggil untuk berkongsi tentang keselamatan.

Pastikan tiada kebocoran gas di sekitar kita. Jika di rumah, gunakan hos dan regulator yang BERKUALITI.

Antara ciri hos yang baik adalah tebal, diperbuat daripada material yang sukar untuk terbakar dan bocor, malah punyai sistem yang membolehkan hos tersebut menyekat aliran gas jika berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Regulator bermeter dan hos silikon (takat lebur=1414 °C, 2577 °F) adalah lebih baik


Regulator juga perlu yang berkualiti dan mampu menyekat gas daripada mudah keluar.Selain meningkatkan tahap keselamatan, ia juga menjimatkan apabila gas tidak dibazirkan secara perlahan-lahan. Regulator yang diperbuat daripada tembaga dikatakan lebih baik dan lasak berbanding yang diperbuat dari plastik.


Kemudian, di regulator tersebut ada pula meter yang membolehkan pengguna melihat kadar gas yang ada di dalam tong. Ini penting untuk menjadikan kita bersedia menukar tong gas yang baru apabila gas hampir habis. Adalah tidak digalakkan untuk kita menyimpan tong gas penuh yang masih belum digunakan (sebagai 'spare') di rumah. Cara ini selalu digunakan oleh pengguna yang regulatornya tiada meter. Cara ini berbahaya kerana jika meletup (semoga Allah tidak mentaqdirkan ia sebegitu), kesannya adalah lebih besar dan kuat berbanding jika hanya satu tong gas sahaja yang meletup.

Safety first~

Sunday, September 29, 2013

Syiah Memaki Sahabat Nabi



Antara kebodohan syiah yang besar adalah memaki para Sahabat Nabi. Beberapa video di youtube membuktikan ini bukan hanya dakwaan palsu puak Sunni (Islam), tetapi memang benar-benar dilakukan oleh penganut agama syiah. Penganut agama Islam tidak melakukan sebegitu. Hanya penganut ajaran yang tidak benar yang melakukannya.

Syiah mengkafirkan para sahabat, perbuatan yang terang-terangan bertentangan dengan al-Quran dan al-Hadith



Yang dicaci pula bukan sembarangan sahabat, malah termasuk juga sahabat-sahabat besar yang telah dijanjikan syurga seperti Abu Bakar, Umar dan Uthman r.anhum. Mungkin yang paling mereka benci adalah Abu Bakar r.a disebabkan kedekatannya pada Rasulullah SAW, Umar r.a kerana ketegasannya, begitu juga Aisyah r.a disebabkan ilmunya yang tinggi sehingga mendedahkan kepalsauan agama Syiah Rafidhoh.

Adalah sesuatu yg pelik jika penganut agama syiah mendakwa mereka benar-benar  menuruti al-Quran, kerana al-Quran dan al-Hadith menyebut golongan Muhajirin dan Ansar (Sahabat-sahabat Nabi) sebagai golongan terbaik dan dipuji di pelbagai tempat. Yang memuji para sahabat Nabi pula bukannya orang-orang  bodoh, tetapi Allah sendiri, al-Khaliq yang tiada sebarang sifat kelemahan makhluq padaNya. Banyak sungguh pengiktirafan Allah pada mereka. Sudah tentu Allah Maha Bijaksana dalam menilai mana kaca dan mana permata. Ke Syiah lagi pandai dari Allah? !

Sedikit contoh:-

Firman Allah:-
"dan orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) Yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam Yang berhijrah itu), merekalah orang-orang Yang beriman Dengan sebenar-benarnya. mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia Yang mulia." SURAH AL-ANFAL

Nabi yang mulia juga sudah pasti menyatakan yang sama, menyanjung para Sahabatnya:-

Hadith 1 :-

Maksudnya:

“Daripada Abu Sa’id al-Khudri, katanya: Bersabda Nabi SAW: “Jangan kamu mencerca para sahabatku. Sesungguhnya jika ada di kalangan kamu membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, ia tidak mencapai (nilai) secupak (makanan) atau setengahnya yang dibelanja oleh mereka.” 

(Riwayat Bukhari, No 3673, dan Muslim, No 6651)


Dalam hadis ini Nabi SAW menggambarkan betapa tingginya kedudukan para sahabat di sisi Allah SWT, sehinggakan nilai secupak yang dibelanjakan oleh mereka pada jalan Allah adalah lebih mulia di sisi Allah daripada emas sebesar Bukit Uhud dibelanjakan oleh sesiapa yang selepas mereka.

Hadis ini jelas membuktikan kelebihan dan keutamaan para sahabat jika dibandingkan orang-orang selepas mereka. (Ibnu Hajar al-Asqolani, Fath al-Bari, jil. 7, hlm. 387)




Hadith 2:-
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ سَمِعْتُ قَتَادَةَ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْأَنْصَارَ كَرِشِي وَعَيْبَتِي وَإِنَّ النَّاسَ سَيَكْثُرُونَ وَيَقِلُّونَ فَاقْبَلُوا مِنْ مُحْسِنِهِمْ وَاعْفُوا عَنْ مُسِيئِهِمْ

Hadis Anas bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kaum Ansar adalah golonganku dan kaum kepercayaanku. Walaupun manusia akan bertambah atau berkurang, namun mereka boleh menerima kebaikan kaum Ansar dan memaafkan kesalahan mereka.

(Riwayat Muslim) KITAB : Kelebihan Para Sahabat R.A

Hadith 3 :-

Para sahabat telah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w “Siapakah antara golongan manusia yang paling baik?” Jawab Baginda:

قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ قَوْمٌ تَبْدُرُ شَهَادَةُ أَحَدِهِمْ يَمِينَهُ وَتَبْدُرُ يَمِينُهُ شَهَادَتَهُ

Maksudnya: Mereka yang ada pada kurunku kemudian mereka datang yang selepas itu, kemudian mereka yang datang selepas itu. Kemudian datang satu kaum yang mana penyaksian seseorang mereka mendahului sumpahnya dan sumpah mendahului penyaksiannya. 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Seperti pepatah Melayu, hanya jauhari mengenal manikam. Kata para ulama, hanya yang ada kelebihan, yang akan kenal dgn orang lain yang ada kelebihan. Contohnya, hanya mujtahid akan kenal org yang sama peringkat dan mampu digelar mujtahid sepertinya, yakni apabila melihat kemampuan dan pesona akhlaq yang dimiliki oleh sang Imam tersebut.


Golongan syiah ini berterusan mencela sahabat Nabi kerena mereka jahil, tiada kelebihan dari segi ilmu dan kefahaman. Mereka hanya mengikut membabi-buta kata-kata orang yang digelar sebagai imam mereka. Mereka tiada panduan. Mereka tidak percaya al-Quran sekarang adalah benar-benar sempurna dan lengkap. Hadith sahih pun banyak ditolak mereka disebabkan mereka menolak para Sahabat Nabi dengan dakwaan para Sahabat Nabi semuanya kafir kecuali tiga orang. Kalau Abu Hurairah r.a dan Aisyah r.a sudah didakwa kafir, banyaklah hadith-hadith yang tidak diterima oleh mereka dengan alasan periwayat hadith adalah seorang kafir! Amat buruk sekali dakwaan mereka itu.



Justeru, sayang kalau ada rakyat Malaysia termakan dengan seruan taqiyyah penyatuan Sunni - Syiah. Begitu ramai ulama dan pengikut para ulama yang cuba melakukan sedemikian namun hasilnya sia-sia. Kajilah sejarah, kita akan mendapati perkara yang sama.

Demontrasi di Homs, membantah kekejaman rejim Basyar


Malah kezaliman syiah pula yang semakin jelas di depan mata. Basyar al-Assad (kelompok Syiah Alawi) telah membunuh ratusan ribu nyawa apabila rakyat Syria sendiri yang bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) bangkit menentang kezaliman.

Kesimpulannya, Syiah bukanlah kelompok yang patut dikasihani. Memang kita perlu bertindak adil dan menjaga hak setiap orang /kumpulan. Pada rakyat Malaysia yang mahu mengamalkan Syiah, hak mereka ada di sana, di Iran. Duduklah diam-diam di sana, tempat kamu boleh berzina sesuka hati atas nama agama (perbuatan kotor dan keji).  Tidak perlu untuk kita mengasihani syiah di Malaysia. Kes mereka perlu diasingkan dari kes boleh atau tidak non-Muslim duduk dengan aman di Malaysia. Kes mereka ini lebih 'istimewa', sebab mereka yang mendakwa turut beragama Islam merupakan pengeliru yang berpotensi menjahanamkan Malaysia dari dalam.

Ameer Abd Aziz,
29 / 09 / 13,
Kuala Lumpur.