Wednesday, July 24, 2013

Teknik Sampul Surat Elak Kebocoran Wang


Hampir bulan Syawal dan hari ini 'hot' tentang isu bonus raya serta tunggakan gaji.

Sebelum ini, sesekali saya dengar rakan dan kenalan yg kesempitan duit. Bukan mereka sahaja, saya pun pernah merasa juga. Tetapi setelah meningkatkan ilmu dalam pengurusan kewangan, perkara sebegitu jarang untuk berlaku lagi. Untuk itu, kita perlu ada sedikit-sebanyak ilmu pengurusan kewangan. 

Antara ilmu asas adalah pada pengurusan wang pendapatan atau gaji yg baru kita dapat (bagi yang makan gaji).

Untuk elak belanja berlebihan, jangan sekalikan duit itu yakni jangan letak hanya di bank tempat kita memperoleh gaji. 

Gunakan teknik sampul / balang. 




Asingkan dalam sampul-sampul surat / balang berlainan yg akan digunakan utk perkara-perkara berlainan.

Apabila dapat gaji, keluarkan duit yg telah disusun sekian banyak, kemudian baki itulah yg kita gunakan utk 'barang dapur'.

Ingat, jangan belanja dahulu baru asingkan duit tetapi asingkan duit utk simpanan dahulu, kemudian yang baki barulah untuk 'belanja makan / barang-barang dapur' kita. Bajet 'barang dapur' ini adalah untuk orang bujang yang boleh 'bajet2' makan, bukan pada suami yang ada anak-anak , perlukan susu, makanan sihat dan sebagainya

Contoh:- Katakanlah bayaran takaful untuk kereta setiap tahun adalah sekitar RM600. Maka, kita perlu mewujudkan satu sampul dgn nama "bayaran takaful kereta". Disebabkan ia dibayar setahun sekali, maka kita perlu sediakan RM50 setiap bulan utk disimpan dalam sampul ini. Apabila cukup setahun, nah, sudah tersedia wangnya. 

Begitu juga dengan pelbagai perkara yg memerlukan kita membuat simpanan seperti anggaran utiliti, bayaran sewa rumah (jika ada) dan lain-lain. Cara ini akan memudahkan kita melihat berapa wang yang berbaki dan yg tersedia utk digunakan. 

Jika sudah faham, ada beberapa tips tambahan:-



Tip pertama : Jangan bazir lebihan wang

Jika ada sampul yang mempunyai wang lebih di dalamnya, anda jangan guna. Sebaliknya anda simpan untuk kegunaan bulan depan. Jadi, pada bulan depan anda akan tambah kurang sedikit wang untuk mencukupkan jumlah sebenar yang anda agihkan. Lebihan wang secara keseluruhan, masukkan ke dalam simpanan tetap.


Tip kedua : Jangan campur aduk penggunaan sampul

Satu sampul satu tujuan. Anda jangan campur aduk pelbagai tujuan dalam satu sampul. Jika anda campur aduk, anda hanya merosakkan sistem sampul surat  ini sahaja . Jangan lebihkan atau kurangkan wang. Satu sampul satu tujuan membolehkan anda kekal pada bajet yang telah anda rancangkan.


Tip ketiga : Sentiasa periksa sampul surat untuk melihat jumlah wang

Katakan anda sudah berkeluarga dan katagori barang dapur adalah perkara penting yang dibuat sebagai salah satu tajuk sampul. Maka lihat sampul surat yang mengandungi barang dapur, anda perlu sentiasa tahu jumlah semasa wang yang ada di dalamnya. Tindakan ini perlu supaya anda tidak terbelanja lebih atau anda hilang kesan di mana anda belanjakan wang tersebut. Apabila anda terima resit, masukkan ke dalam sampul surat supaya anda dapat kesan ke mana wang anda mengalir.


Mudah bukan? Sekian.. :)

Tuesday, July 23, 2013

Bukan Sosialis, Bukan Kapitalis, Kita Muslim.

Sesetengah kita cukup bernasib baik. Ada yg lahir jd pewaris takhta kerajaan negeri, ada juga yang merupakan anak kpd ahli perniagaan yg berjaya.

Seorang rakan sy dan adik-beradiknya masing2 dapat sebuah rumah dan kereta.

Rumah yang dia dapat dari ayahnya bukan sembarangan rumah tetapi kondo mewah di KL. Semua org tahu bgmana tingginya nilaian hartanah di KL. Kereta pula kereta Audi, yg baru, bukan Audi tahun 80an punya. Paling 'cikai', ada adik-beradiknya yg dapat Camry.


Ini semua contoh kemewahan dan kesenangan yg Allah timpakan sbg ujian. Kesenangan pun ujian, kemiskinan pun ujian. Yg kaya, adakah bersyukur dan sentiasa melihat yg lebih miskin?

Yg miskin, adakah bersabar, terus berusaha dan tidak dengki tanpa sebab kpd golongan kaya?



Kita bukan nak jd sosialis, agihkan kekayaan sampai hilangkan hak mereka yg berusaha. Bukan juga kapitalis, yg menekan serta menindas dgn wang merupakan objektif utama.

Kita Muslim. Hidup kita kerana Allah. Berbakti atas pelbagai jalan yg terbentang. Dunia ini ladang Akhirat bukan?