Friday, August 16, 2013

Ulama Dan Jalan Penyelesaian

Bismillah, telah hampirnya Kiamat dengan banyaknya pembunuhan. Umat Islam, mukmin yang beriman dibunuh semahunya seakan hidangan di meja makan. 

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan" Berkata seorang sahabat, "Adakah ia lantaran pada waktu kita yang sedikit?" Nabi menjawab, "Tidak,sebaliknya kamu ramai t
etapi kamu menjadi seperti buih ketika berlaku banjir. Allah mencabutkan rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu." Sahabat-sahabat bertanya, "Apakah itu wahan?" Bersabda nabi, "Cintakan dunia dan takutkan mati ".
(Hadis Riwayat Abu Daud)


Dan sehingga kini, kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri yang dipilih oleh hanya 48% minoriti rakyat berdiam diri dari menyatakan pembelaan yang lebih tegas dan berkesan. Ini sesuatu yang sangat kita kesalkan.

Begitu juga dengan penguasa dan hartawan dunia Arab lain. Sebahagiannya merupakan billionaire, punyai aset sehingga mampu memiliki kelab EPL namun belenggu dunia dan nafsu seringkali membutakan mata. Bukanlah mata kepala itu yang buta, sebaliknya mata hati itulah yang tercedera. 


"Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada."
(surah Al-Hajj 22 : ayat 46)



Mata hati yang gelap meraba dalam kelam mencari sinar jalan menuju ke arah keabadian.

Sinar itu sirna apabila harta dilambak dengan jalan penindasan dan penipuan. Tidak kurang juga dengan pengabaian pada hal-hal yang menjadi KEUTAMAAN. Adakah membeli sebuah kelab bola sepak ternama suatu yang lebih penting daripada membela dan menyalurkan dana membantu rakyat Mesir, Syria, dan Palestin? 



Berlumba-lumba membina bangunan tertinggi di dunia antara tanda Kiamat


Adakah membina Burj Khalifa sebagai bangunan tertinggi di dunia adalah suatu perkara yang lebih penting daripada membina mahligai syurga atau paling tidak menjadi penjamin dan bekal di Akhirat nanti? Adakah selamanya kita tidak mengendahkan pembunuhan saudara-saudara kita sehingga akhirnya tiba giliran kita sendiri yang dibunuh?

Malulah kita pada Allah. Dzat yang mencipta kita dengan sesempurna kejadian dan ciptaan. 


لقد خلقنا الا نسان في احسن تقويم
Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (Q.S AT-Tiin : 4)


Dikurniakan aqal, hati dan kudrat untuk berusaha namun kita sering leka dan alpa. Kita sering lalai dan longlai. Apakah jawapan yang akan kita sediakan di padang Masyar nanti jika mereka yang terbunuh menyalahkan kita kerana tidak berbuat apa-apa? Apakah wang yang sedikit, doa yang tidak khusyuk dan perhatian yang berbelah-belah bagi mampu menjadi hujah kepada kita dalam hal ini?

Sesungguhnya Islam itulah yang akan menang. Yang batil akan musnah.

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ [٩:٣٣]
Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai
.

Yang zalim akan kalah dan menjadi hina di mata manusia dan makhluk seluruhnya. Bangkitlah kita bersama, dalam membela nasib saudara-saudara kita.

Peranan para ulama sangat diperlukan dalam hal ini. Ulama yg berkumpul dalam suatu majlis dan tidak punyai sebarang kaitan dengan kerajaan minoriti seperti MURSHID (Multaqa Asatizah & Du’at) adalah yang paling layak untuk diharapkan. Tambahan lagi, yang akan bangkit membela pastinya mereka yang di dalam hati punyai iman dan rasa hormat pada ulama. Maka selayaknya ulama memainkan peranan secara kolektif dan bijaksana dalam menggembleng tenaga umat Islam dalam membantu saudara-saudara kita yang tertindas.

Ramai memilih jalan demokrasi di peti undi, namun ditipu oleh pengurus pilihanraya dan mahkamah jika diadukan ke sana, lantas tetap kalah.

Jenazah yang sempat diselamatkan dari dibakar di Medan Raba'ah  Mesir ditempatkan pula di Masjid Al_Iman


Jika menang pula, kuasa direntap kudeta yang rakus seperti yang terjadi di Turki, Algeria dan sekarang Mesir. Mereka direntap turun dari kekuasaan dengan cara yang jijik dengan bantuan kuasa besar dunia dan munafiqun dari kaum Muslimin sendiri.

Bagaimana kalau diteroka medan jihad qital dgn pedang, senapang, darah dan tangis?

al-Quran ada jawapannya, perlu disentisis oleh para ulama. Adakah para ulama bersedia beri kenyataan lebih tegas beserta tindakan yang menggerakkan umat? Tanggungjawab kalian sebagai ulama penggerak umat cukup besar di Malaysia ini setelah para penguasa mendiamkan diri. Kalau berasakan tidak mampu, dapatkanlah pengaruh mereka yang berpengaruh seperti ahli politik DS Anwar Ibrahim dan dari golongan muda seperti Rafizi Ramli. Manfaatkan setiap kelebihan yang masing-masing ada untuk kita mencapai kejayaan insya-Allah. Hayya ‘alal Falah!