Sunday, October 20, 2013

Pastikan Tiada Kebocoran Gas


With the name of Allah Subhanahu wa Taala...
Dengan nama Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi....

Kali ini  rasa terpanggil untuk berkongsi tentang keselamatan.

Pastikan tiada kebocoran gas di sekitar kita. Jika di rumah, gunakan hos dan regulator yang BERKUALITI.

Antara ciri hos yang baik adalah tebal, diperbuat daripada material yang sukar untuk terbakar dan bocor, malah punyai sistem yang membolehkan hos tersebut menyekat aliran gas jika berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Regulator bermeter dan hos silikon (takat lebur=1414 °C, 2577 °F) adalah lebih baik


Regulator juga perlu yang berkualiti dan mampu menyekat gas daripada mudah keluar.Selain meningkatkan tahap keselamatan, ia juga menjimatkan apabila gas tidak dibazirkan secara perlahan-lahan. Regulator yang diperbuat daripada tembaga dikatakan lebih baik dan lasak berbanding yang diperbuat dari plastik.


Kemudian, di regulator tersebut ada pula meter yang membolehkan pengguna melihat kadar gas yang ada di dalam tong. Ini penting untuk menjadikan kita bersedia menukar tong gas yang baru apabila gas hampir habis. Adalah tidak digalakkan untuk kita menyimpan tong gas penuh yang masih belum digunakan (sebagai 'spare') di rumah. Cara ini selalu digunakan oleh pengguna yang regulatornya tiada meter. Cara ini berbahaya kerana jika meletup (semoga Allah tidak mentaqdirkan ia sebegitu), kesannya adalah lebih besar dan kuat berbanding jika hanya satu tong gas sahaja yang meletup.

Safety first~

No comments:

Post a Comment