Tuesday, November 12, 2013

Kereta Mewah Sebagai Petanda Kejayaan?


Sebahagian anggota masyarakat memandang apabila seseorang memakai kereta Bugatti Veyron, Koenisegg Agera R, Ultimate Aero, Ferrari Enzo, Cadillac, Rolls Royce Phantom, Saleen S7, Pagoni Zonda, Lamborghini Veneno Roadster atau apa sahaja kereta mewah, itu lambang kehebatan dan jutaan tahniah diucapkan.


Eh, bagaimana ini semua boleh berlaku?

Adakah kita tidak sedar bahawa kereta yang mewah bukanlah petanda kemuliaan?

Firaun dan Qarun pun kaya tapi mereka dihinakan Allah.

Ini semua disebabkan salah faham anggota masyarakat yg meletakkan harta sebagai penanda aras kejayaan. Kaya sahaja diiktiraf berjaya sedangkan ia tidak benar sama sekali.

Apakah kejayaan yg sebenar?

Neraca kejayaan yang sebenarnya adalah pada bagaimana timbangan cinta, takut dan harap kita pada ALLAH yang membuahkan amal yang ikhlas.



Sekali lagi kita ingatkan diri kita, neraca kejayaan yang sebenarnya adalah pada bagaimana timbangan cinta, takut dan harap kita pada ALLAH kerana kita dicipta untuk beribadah, bukan untuk berlumba siapa yang mampu hidup mewah!

"Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKU." (Adz-Dzaariyaat 51:56)

Harta perlu hanya sekadar keperluan, dan harta bukanlah tujuan. 

Keperluan eloklah ambil berpada-pada, tidak terlalu berlebihan dan bermewah-mewah sangat. 

Apa yg perlu kita titik-beratkan adalah apakah kita makin hari, solat makin khusyuk? Bagaimana dengan puasa, sudah sempurna? Adakah amalan haji yg dilakukan adalah haji yang mabrur, atau haji marlboro? Bagaimana pula dengan sikap-sikap mazmumah kita, adakah telah lebur? Bagaimana dengan keadaan anak-anak yatim dan orang-orang yang melarat, adakah kita mengambil berat?


Bangkitlah kita untuk perbetulkan cara berfikir dan cara memandang kehidupan. Kejayaan tidak sepatutnya dinilai pada banyaknya harta, tetapi bagaimana berkatnya harta. Jika ada harta berlebihan, eloklah untuk disedekahkan kepada yg memerlukan. Di Kuala Lumpur, masih ramai lagi pengemis jalanan andaikata di kawasan / negeri kita  telah tiada langsung pengemis disebabkan adil dan bagusnya pemeritahan oleh sultan. Tahniah jika kawasan/negeri kita 'zero homeless'. Maka, mungkin telah tiba masa untuk membantu pengemis-pengemis di negeri lain pula... 


Akhir sekali, suka sy ingatkan diri sy sendiri, kejayaan dinilai dari segi amalan dan tindakan kita. Bukan dari segi banyaknya pengaruh, harta dan kekuasaan. Sebaik-baik penilai adalah Allah. Segala ilmu adalah milikNya. Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment