Saturday, November 16, 2013

Syaitan Bijak Perdaya Manusia


Syaitan sangat bijak menjerumuskan manusia. Sedikit demi sedikit dia cuba tarik manusia ke lembah dosa.

Kita tak berapa perasan. Kalau perasan sekalipun, hati kita akan mengatakan: "alah, takpe.. sedikit sahaja..." , sedangkan sedikit- sedikit itulah yg menjadi semakin banyak dan bawa bencana yg BESAR!



Bukankah api ketika kecil menjadi kawan, ketika besar MENJADI LAWAN?! Kata pepatah lagi, sedikit-sedikit lama jadi bukit. Hati yang putih bersih apabila dibiarkan hitam sedikit demi sedikit akhirnya akan menjadi gelap gelita. Bersihkanlah selagi ada masa.

Gerak kerja syaitan ini perlu sangat kita fahami dan waspadai. Masakan tidak, Allah SWT Yang Maha Mengetahui telah menyatakan bahawa syaitan adalah masuh kita yang nyata! Bukan nyata bermaksud dapat dilihat dgn mata yg zahir tetapi bermaksud syaitanlah musuh sebenar anak Adam!

"...janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu".
(al-Baqarah: surah kedua (2), ayat 168)

Buku Talbis Iblis (tajuk asal) perlu dibaca, difahami dan dihayati oleh kita semua.


Kenyataan dan FAKTA bahawa syaitan adalah musuh yang sebenar bagi manusia ini diulang dalam beberapa ayat lain untuk mengingatkan manusia yang pelupa iaitu dalam:-  | 2 : 208 (surah kedua ayat 208) | 6 : 142 |  7 : 22 | 12 : 5 | 18 : 50   | 20 : 117 | 28 : 15 | 35 : 6 | 36 : 60 | dan  43 : 62 .

Lihat pula firman Allah SWT:-

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” 
(Al-Israa’: 32)


Dalam hal ini ingatlah bahawa Allah berfirman agar "jangan dekati zina".. Perhatikan kalimah yang  difirmankan. Allah SWT tidak mengatakan /memfirmankan agar "jangan berzina", tetapi Allah SWT kata:  "jangan dekati zina". Ada perbezaan di situ untuk kita fikirkan...

Awal-awal lagi diperintahkan agar jangan dekati, dikhuatiri sedikit demi sedikit akan terjerumus....

........................ .  .   ..   ...

 Mohon Allah lindungi seluruh manusia dan jin dari mala petaka ini. Amin.

No comments:

Post a Comment