Saturday, May 10, 2014

Kalau Anda Perdana Menteri


Jom berangan jap… J

Kalau anda PM, apakah 4 perkara utama utk dilaksanakan?

Hudud, perangi jenayah, rumah?  4 je dulu ok…

 

Kalau saya, saya akan:-

1.       Bina sistem perumahan yang terancang dan cukup untuk semua rakyat.

-          Rumah paling kurang 3 bilik dilengkapi pelbagai kemudahan awam di sekeliling.

-          Apabila lebih 21 tahun, boleh apply. Kalau hutang negara boleh diselesaikan, tak mustahil rumah ni boleh dibayar oleh rakyat hanya pada harga kos atau separuh harga kos pembuatan.

-          Tak boleh beri percuma kerana benda percuma jarang dihargai. Lagipun sumber negara perlu juga kukuh. Kalau semua subsidi, binasalah negara.

 

2.       Bina sistem pengangkutan yang sangat baik menghubungkan semua bandar dan pekan di seluruh negara.

-Bas atau keretapi laju. Jangkaan: KL – JB 30 minit.

-Pengangkutan dari stesen bas/ keretapi ke lokasi tertentu rakyat dalam bandar digalakkan berbasikal.

-Memastikan perkembangan bandar besar lain seiring dengan ibu negara.

-Peluang pekerjaan juga akan meningkat, insya-Allah.

 

3.       Mudahkan perkahwinan dan menyukarkan zina.
 
 

-Budayakan kepentigan mahar dan hapuskan hantaran. Sekat hotel-hotel dari taraf lima bintang hingga ke rumah tumpangan biasa drpd menyewakan bilik kepada pelanggan tanpa menyertakan kad nikah.

 

4.       Menyuburkan pendidikan dengan peningkatan taraf universiti, sekolah dan wacana serta forum-forum professional.

-Jenayah perlu dibanteras sejak dari mula. Puncanya adalah kurang pendidikan dan kesedaran. Ubatnya adalah pendidikan yang tepat dan berhasil menyentuh jiwa. Dalam hal ini, keyakinan kepada wujudnya Hari Pembalasan perlu dipertingkat. Pendidikan adalah sebuah pelaburan yang besar, pelaburan dalam pendidikan perlu meliputi pelbagai bidang.


Negara Islam hanya istilah, yang penting adalah ‘content’. Tanpa menamakan negara kita negara Islam pun, kita boleh menjadi sebuah negara yang diredhai Allah, baldatun tayyibatun waRabbun Ghafur.... insyaAllah....~

 

 

 

 

 

Friday, April 11, 2014

Saudara Dibunuh, Di Mana Kita?


Kerajaan kita mengaku sebagai pemerintah negara Islam. Kononnya istilah wasatiyyah menjadi pegangan yang menjadikan Malaysia paling hebat, namun apa yg berlaku di Syria, Mesir dan lain-lain tidak diambil sebarang tindakan yang serius.

 

Ini bukan sifat sebuah negara Islam, melainkan ia hanyalah sebuah ilusi, sebuah kepalsuan, sebuah penguasaan ke atas negara dengan mengeksploitasi nama agama.

 

Sifat sebuah negara Islam adalah sama dengan sifat seorang Muslim sejati yang akan membantu saudara Muslimnya yang dalam kesusahan.

 

'Sesungguhnya setiap mukmin itu adalah bersaudara '

(al-Hujuraat:10).

 

Jika saudara Muslim kita dibunuh saban hari, kita sepatutnya turut merasakan perkara yang sama. Kata pepatah: "cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga".

 


Tetapi malangnya 'so called' negara Islam pimpinan Najib Razak tidak bersungguh-sungguh dalam membantu, seakan tiada apa-apa yang berlaku di luar sana.

 

Sindrom yang dalam nada berseloroh disebut sebagai "aku tidak pedulisme" ini membarah dalam diri ramai individu, termasuk para pemimpin sendiri. Inikah yang terhasil dari sistem pendidikan?

 

Kalau ini hasilnya, maka jelas terdapat kelompongan yang besar dalam sistem pendidikan. Silibus yang disusun tidak cukup bagus dalam membentuk karakter seorang manusia yang sememangnya manusia, bukan haiwan.

 

Ingatlah bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”. Hadith ini bukan sembarangan hadith kerana ia adalah riwayat sahih ditulis oleh Imam Bukhari. Maka ia diyakini datangnya dari Nabi utusan Allah.

 

Tegakah kita sebagai individu dan pemimpin sebagai ketua negara dianggap bukan dari kalangan Muslimin oleh Allah SWT ? Kalau Allah menganggap kita bukan dari kalangan kaum Muslimin, bukan dari kalangan orang Islam, maka di manakah tempat kita di Akhirat nanti? Syurga atau neraka?!

 

Fikir-fikirkanlah. Mungkin ada yang beralasan negara sibuk dengan isu MH370, tetapi akan timbul persoalan, isu MH370 ini sebenarnya punca atau kesan? Mungkin isu MH370 ini adalah antara kesan ketidak pedulian kita terhadap isu Syria, Mesir, Palestin dan lain-lain. Ini kerana konflik berdarah Syria sebagai contohnya telah berlangsung selama 3 tahun 27 hari sedangkan MH370  'baru' hilang selama sebulan 4 hari. Konflik di Palestin pula telah bermula lama. Kalau diambil tarikh pencerobohan Israel selepas kejatuhan Uthmaniyyah sekalipun, telah berlangsung selama 66 tahun. Lebih lama dari kebanyakan usia kita yang membaca tulisan ini!

 

Namun, usaha utk mengembalikan keamanan di wilayah bergolak itu tidak cukup efisyen. Seolah-olahnya umat Islam sangat lemah, seolah-olah pelaku dan perancang kepada keamanan dunia terutama wilayah yang disebutkan itu bukanlah Muslim yang bersifat dengan sifat Muslim sejati yang disebut dalam al-Quran.

 

Kita ketandusan pimpinan seperti Sultan Muhammad al-Fateh dan Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Kita juga ketandusan pejuang-pejuang seperti Abu Ayyub al-Ansari yang bertekad mahu mebebaskan Konstantinopel walau dalam usia tua sehingga sahabat Nabi yang mulia ini mangkat dan dimakamkan di sana.

 

Kini di manakah Salahuddin al-Ayyubi yang baru?

Di Manakah Sultan Muhammad al-Fateh kedua?

Di manakah pemuda-pemuda penyambut risalah al-Quran untuk menyambung perjalanan generasi terdahulu?