Sunday, January 25, 2015

Penghalang Hidayah Menembusi Hati

Apa sebenarnya penghalang seseorang mendapat hidayah walaupun didekati rakan-rakan ustaz atau ustazah?

Penghalang utamanya ialah sifat sombong, bongkak dan takabbur.
Dalam bahasa Arab, ia disebut al-Kibr.

Orang yang ada sifat al-Kibr ini merasa dirinya lebih besar. Mungkin rasa dirinya lebih hebat, lebih kaya, lebih hensem, lebih cantik atau apa jua yang seangkatan dengannya.

Jadi, mereka anggap orang lain lebih kecil dan remeh. Mereka tak dengar nasihat orang lain apatah lagi yang berlainan dgn hawa nafsu mereka.

Sifat sombong inilah yang menjerumuskan ketua malaikat iaitu Azazil jatuh ke tempat hina. Azazil akhirnya disebut sebagai syaitan kerana kesombongannya utk hormat kpd Adam alaihissalam spt yg diperintahkan Allah.

Ketua atau ikon bg sifat takabbur dalam kalangan manusia pula ialah Firaun sehingga ke satu tahap syaitan dikatakan sbg pengsan (atau mungkin sgt terkejut) dengan kesombongan Firaun mengaku sbg Tuhan. Syaitan sendiri pun tak mengaku Tuhan !



Pada zaman Nabi, pembesar Quraisy sering bersikap sombong yg menghalang mereka dpt hidayah walaupun mereka melihat sendiri mukjizat2 Nabi. Mereka melihat sendiri keelokan dan kesempurnaan akhlaq Nabi, tetapi mereka tetap ingkar.

Yang tidak dihinggapi sifat sombong seperti para hamba mudah sahaja menerima Islam kerana mengakui apa yg dibawa Nabi adalah benar.

Kini zaman kita. Janganlah kita bersikap sombong kepada ajakan untuk kembali kepada agama.

Ada orang ajak untuk kita solat, maka penuhilah. Itu adalah kewajipan. Jangan sombong dengan Tuhan. Jangan biarkan kebodohan kita bermaharajalela sehingga untuk tunduk sujud pada Pencipta pun sudah tidak biasa.

Banyak kelebihan jika kita tidak sombong. Kita akan mudah mendapat ilmu, rakan dan yg paling penting rahmat Allah. Penuhilah ajakan utk kembali kpd Allah. Tinggalkan kebiasaan buruk kita dan sama2 kita perbaiki diri. Yang menegur dan ditegur , kedua2 pihak tidak sempurna, namun perubahan ke arah kebaikan dan kesempurnaan itu perlu dan beroleh pahala, insyaAllah.